Memperingati 64 Tahun Hari Nakbah Palestin

May 15th, 2012

Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.

 

Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.

 

Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.

 

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.

 

Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.

 

Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.

 

Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan.

 

Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.

 

Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“(Al-hujurat:10).

 

Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.

 

Oleh: Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki, Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah.

 

Sumber: http://iskandariah.perubatan.org/v1/2010/05/remembering-nakba/

Isu-isu Semasa

Malam Pertama di Kubur

May 15th, 2012

Syair Arab ada menyatakan,

Berpisah dengan tempat tidurku sehari
Itu telah membuat hilang ketenanganku
Malam pertama di alam kubur
Demi Allah, katakan kepadaku bagaimana keadaannya.

Ada dua malam yang kita perlu sentiasa fikirkan – malam ketika kita berada dirumah bergurau senda dengan keluarga dan malam ketika malaikat maut datang kepada kita lalu kita diletakkan di dalam kubur seorang diri. Para Ulama’ dan cerdik pandai menangis dan resah ketika membayangkan malam pertama mereka di dalam kubur.

Menurut syair yang dianggap sebagai warisan bangsa Arab yang terpenting,

Akan datang hari di mana aku pergi tanpa dapat membantah
Anak-anakku berada di kedua tepi kubur sambil memujuk
Mereka mengatakan jangan pergi sementara mereka terus menanamku
Tidak ada tempat pemergian yang jauh selain dari tempat ini.

Kisah Saidina Umar bin Abdul Aziz
Saidina Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang khalifah semasa pemerintahan Bani Umayyah. Beliau seorang yang gemar menggantikan pakaian lebih daripada sekali dalam sehari. Beliau memiliki emas dan perak, pembantu dan istana, serta pelbagai makanan dan minuman. Semua yang dia inginkan ada di dalam genggamannya. Namun ketika beliau dilantik menjadi khalifah dan bertanggungjawab menguruskan kepentingan kaum muslimin, beliau meninggalkan semua itu kerana sentiasa ingat dengan malam pertama di alam kubur.

Pada hari Jumaat, beliau berdiri di atas mimbar untuk menyampaikan khutbah sambil menangis di mana sebelumnya, beliau telah dibaiah oleh umat Islam untuk menjadi khalifah kamum muslimin. Beliau berkata kepada semua panglima perang, menteri, ulama’, pujangga dan gabenor, “tariklah semula baiah kamu!” Namun mereka berkata, “Kami tidak menginginkan pemimpin selain anda”. Selang seminggu kemudia, beliau kelihatan kurus dan lemah. Keadaannya benar-benar jauh berubah; beliau tidak lagi memakai pakaian lain melainkan sehelai pakaian. Lalu mereka bertanya kepada isteri Saidina Umar bin Abdul Aziz, “Ada apa dengan Umar itu?”  Si isteri menjawab, “Demi Allah, beliau tidak lagi lena tidur malam. Jika tidur di atas katilnya, beliau berpusing ke kiri dan ke kanan seakan-akan tidur di atas bara api lantas berkata “aku telah menerima jawatanku untuk mengurus umat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada hari kiamat kelak aku akan diminta pertanggungjawaban oleh orang fakir dan miskin, anak yatim dan para janda”.

Persoalan sekarang ini, apa yang telah kita siapkan untuk menghadapi malam pertama kita di kubur kelak?
Rasulullah s.a.w. bersabda kubur itu ada kalanya menjadi salah satu taman yang ada di syurga dan ada kalanya pula menjadi salah satu lubang yang ada di neraka”


Wallahua’lam.. salam’alaik…

[sumber]

Artikel Pilihan

Selamat Bercuti

May 14th, 2012

 

Setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan, kini tiba saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar, malah pensyarah juga. Cuti semester kini tiba! Pulanglah ke rumah dengan penuh kegembiraan untuk bertemu dengan keluarga dan sahabat-sahabat di kampung halaman.

Gunakanlah peluang yang singkat ini untuk mengubat rindu ibu dan ayah di kampung. Layanlah mereka dengan sebaiknya dan jangan lupa amalan-amalan fardhu mahupun sunat.

 

SELAMAT BALIK KAMPUNG DARI KAMI PIMPINAN PPI UNITEN SESI 2011/2012 ^.^

Isu-isu Semasa

Di mana relevan nya pematuhan akta syariah UNITEN?

May 3rd, 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru-baru ini perbincangan yang panjang mengenai akta syariah UNITEN telah mengambil perhatian pihak PPI. Insyallah selepas meneliti perbincangan tersebut dan akta syariah UNITEN, PPI akan menjelaskan tentang perkara ini semampu yang diizinkan oleh Allah S.W.T. dan bukanlah untuk menunding jari siapa betul atau salah tetapi lebih untuk memahamkan tentang perkara ini.

Seperti apa kita dapat lihat dalam perbincangan tersebut, semua org setuju dengan wajib nya mengikut syariat Islam di dalam kehidupan seharian, malahan ada juga non-muslim yang turut setuju dengan [...] Read More…

Video

Ujian Kita Di Dunia “Final Exam”

April 30th, 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbrt dan Salam Sejahtera,

Bersyukur kita kepada Allah SWT, yang memberi peluang kita hidup di atas muka bumiNYA serta nikmat iman dan islam. Segala-segalanya adalah dicipta oleh Allah SWT.

Maha Suci Allah, kita dikurniakan akal fikiran untuk manusia berfikir. Akal adalah organ penting dalam anggota badan manusia yang membimbing ke jalan yang benar atau tidak. Jika manusia menggunakan akal dengan baik maka segala-galanya menjadi baik begitu juga sebaliknya jika akal diguna untuk [...] Read More…

Dari Minda Presiden

Permudahkan urusan orang lain

April 25th, 2012

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi [...] Read More…

Video

April 5th, 2012

O’ Allah,exam is just around the corner!! :’O
 

Di sini terdapat beberapa pesanan untuk anda sebelum

mengulangkaji pelajaran :

Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.

Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.

Mulakan dengan berdoa.

Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.

Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian [...] Read More…

Video

~ Islamic Method of Slaughtering Animals Appears Ruthless ~

April 4th, 2012

Why do Muslims slaughter the animal in a ruthless manner by torturing it and slowly and painfully killing it?
The Islamic method of slaughtering animals, known as  Zabiha has been the object of much critism from a large number of people. Before I reply to the question, let me relate an incidence about a discussion between Sikh and a Muslim regarding animal slaughter. Once a Sikh asked a Muslim, “Why do you slaughter the animal painfully by cutting the throat [...] Read More…

Video

Ipad & Islam

March 27th, 2012

Assalamuaalaikum.
InsyaAllah pada artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan teknologi. artikel kali ini kita akan membincangkan suatu perkara yang telah menjadi buah mulut setiap orang di seantero dunia. Ia adalah tentang Ipad generasi ke-3 atau lebih dikenali dengan nama ‘New Ipad’. saya pasti nama Ipad ini tidak asing lagi pada zaman sekarang dan telah menjadi antara barang keperluan yang perlu ada pada seseorang. apa yang hebatnya Ipad ini? apa bezanya dengan model Ipad sebelum ini?? [...] Read More…

Video

~Cinta Islamik~

March 20th, 2012

Sudah memang menjadi lumrah manusia untuk bercinta dan dicintai.. Apabila sudah bercinta, ada pula yang menjadikan agama sebagai platform untuk menghalalkan percintaan.. Islam sudah terang-terang mengharamkan percintaan sebelum perkahwinan..

Antara ayat yang sering diungkapkan oleh mereka yang “cinta islamik” ::
“Aku couple dgn dia sbb aku nak tolong dia berubah” / “dia ubah aku”
“Aku cinta dia kerana Allah”
“Kami couple tapi tak buat maksiat pon”
“Kami couple sebab nak saling ingat-mengingati tentang agama”
“Aku bercinta dengan dia sebab nak prepare untuk baitul muslim nanti”

Firman Allah s.w.t. yang selalu kita dengar,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; [...] Read More…

Artikel Pilihan, Others