Archive

Archive for the ‘Artikel Mantap’ Category

Rintihan dan Doa Seorang Hamba

April 7th, 2010

Oleh: Dzar-Abdullah bin Amir*

Ya Allah…

Aku adalah hambaMu yang sangat lemah…
Aku tahu ni’matMu padaku tak terhitung banyaknya…
Aku mengerti ganjaran besar menanti buat mereka yang bersyukur…
Aku sedar seksa pedih buat mereka yang kufur…

Namun, sekadar tahu tak mampu membawa diri ini ditempatkan disisi rasulMu di syurga nanti…
Ramai yang tahu tempat mereka di neraka…

Ya Allah, aku pohon padaMu ya Allah,
Tempatkanlah aku di sisi rasulMu ya Allah,
Peliharalah diri ini dari segala amalan yang menjerumuskan aku ke dalam seksa apiMu ya Allah,

“Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik, kama nawwartal Ardha binurisy syamsik, abadan, abada birahmatika ya Arhamar Rahimin…..”

Ya Allah terangilah hati-hati kami ini dengan cahaya hidayahMu
seperti Engkau terangi dunia ini dengan cahaya matahariMu
buat selama-lamanya dengan rahmatMu
Wahai Pengasih paling mengasihani antara semua pengasih…

Tempatkanlah aku di sisi rasulullah SAW…

__________________________
*Penulis adalah mantan Presiden PPI UNITEN

Artikel Mantap

Exam comes again…weee~

March 17th, 2010

Yeah we are coming back again! It means that final exams are extremely near to us. Dont afraid! Take it easy! How come? How we could face final exams easily and not hesitate at all? Here are some guidelines to you guys! Hope it will works.

Some students study without understand the concepts clearly. They only keep remembering but do not think the idea of each context in material itself. Its getting hard when you do the different type of questions. Try to study smart instead of study hard.


We have to understand with the things that we learn, we think, we do, we write, we say, and increasing our ability in ask whereas think comprehensively.

DO YOUR REVISION! (dont do this last minute)

  • For this one, make sure you have COMPLETE notes and all material needed. And meet your lecterur if you have something unclear in your revision.

All At All…

Dont forget..

There are some ‘steps’ to make your journey perfect, to get the blessing from The Excellent Helper, Allah SWT.

  1. Sincere
  2. Purification from impurity
  3. Cover your life with good deeds
  4. Alms charity (that is what we learn, we live in the real world; practice for good)
  5. Seek a HELP from Allah SWT
  6. Consistent/Istiqomah
  7. Patient
  8. Leave all things that bring the disadvantages

Allah says: “O you who believe! Seek assistance through patience and prayer; surely Allah is with the patient.” [Al-Quran, 2:153]

“Allah is well pleased with them and they are well pleased with Him; that is for him who fears his lord.”[Al-Quran,98:2]

Work + Pray = Success.

Lets Allah do the rest..

______________________________

*By Nabilah bt Khalid

Timb Exco Kebajikan & Akademik

PPIUNITEN sesi 2009/10

 

 

Artikel Mantap

Risalah PPI UNITEN Isu 8 : 2010

March 3rd, 2010

Isu Hukuman Sebat @ Rotan Ke Atas Wanita:

Kartika & 3 Wanita

Seperti yang kita tahu, isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak iaitu Kartika yang suatu ketika dahulu telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya.

Sementara itu, pada tanggal 9 februari yang lalu, Malaysia sekali lagi digemparkan dengan isu tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merotan 3 wanita atas kesalahan mengadakan seks haram ataupun kita kenali sebagai zina. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Sudah termaktub di dalam ayat Al-Quran maksudnya:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]


Artikel Dari

Lajnah Integrasi & Perpaduan

PPI UNITEN

Artikel Mantap

Words of Wisdom : Isu 7

February 22nd, 2010

Tanda cinta kita kepada Baginda s.a.w

1 .Berpuasa pada setiap hari Isnin

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku.” (Subul al-Salam)

2.Perbanyakkan selawat

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].

3.Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].


4.Bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:

Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].

Artikel Mantap ,

Husnuzon (Bersangka Baik)

February 22nd, 2010

Oleh: Nurul Nadiah Mohamad Anuar*


Husnuzon

Bismillahirrahmannirrahim..

HUSNUZON…


…Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk.

Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut.

Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, “Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. ” Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik,

” Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain.”

Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman “messenger” atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Seperti di dalam hadis:

“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
-HR. Muttafaqun alaihi.

Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa.

Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang  yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”


“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

____________________

*Penulis adalah AJK@CliQues

Lajnah Kebajikan dan Akademik (KNA)

Artikel Mantap

Say NO to Valentine’s Day!

February 11th, 2010

‘Valentine’….tentunya sudah tak asing lagi dengan nama ini, apalagi kaum muda-mudi yang suka merayakannya tidak kira yang tinggal di kota-kota besar hingga ke pelosok desa, sampai anak bau kencur pun tahu apa itu Valentine.

Tapi tahukah apa erti disebalik nama itu dan apa bahaya bagi umat Muslim akibat ikut merayakan kebudayaan atau perayaan hasil pengaruh dari negara kaum kafir ini? Mari kita semak penjelasannya di bawah ini :

1. Valentine diambil dari perayaan Lipercalia romawi kuno, persembahan untuk dewi cinta dengan diundinya pasangan laki-laki dan perempuan untuk bersenang-senang lalu mohon perlindungan pada dewa lupercalia dengan mencambuk binatang dan para wanita agar cepat hamil. Bagi yang suka merayakan hari Valentine jangan hairan kalau sesama pasangan selalu saling menyakiti dan wanitanya hamil tanpa dirancang. Na’udzu BILLAAHI mindzaliik.

2. Kristian katolik roma meng’adapt’ upacara ini dengan nuansa kristiani menjadi perayaan gereja dengan nama ‘ saint valentine’s day ‘, demi menghormati St. Valentine yang mati pada 14 Februari kerana menolak menyembah tuhan orang romawi. Dan hanya mengakui tuhannya adalah Isa Almasih.. Umat muslim yang suka merayakan hari Valentine bererti anda sama-sama ikut mengenang St.valenine yang rela mati kerana mempertahankan keyakinannya dengan mengakui bahawa Isa Almasih (Jesus) itu tuhan… Na’udzu BILLAAHI mindzaaliik.. Segeralah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang benar.

3. Valentine juga berasal dari bahasa latin yang bererti ‘ Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa ‘. Gelaran ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka jika kita meminta orang menjadi ‘to be my valentine’ bererti kita memintanya menjadi ‘saingan’ ALLAH SWT ‘Maha Kuat dan Maha Kuasa’ yang Esa dan Sebenar-benarnya.. Yang bererti kita telah berbuat ‘Syirik’ dan ia termasuk dalam dosa besar. Na’udzu BILLAAHI mindzaaliik.

4. Cupid (the Desire), si bayi bersayap dengan panah yang sering jadi ikon di hari Valentine adalah Putera ‘Nimrod’ (the Hunter) Dewa Matahari. Dikenali sebagai tuhan cinta kerana ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan berzina dengan ibunya sendiri! Tidak hairan semakin hebat ‘Valentine’ diagungkan maka makin banyak ‘i-n-ce-st (hubungan kelamin sedarah) terjadi… Naudzu BILLAAHI Mindzaaliik.

Kalau sudah begitu jelas bahayanya, masihkah kamu sebagai umat Muslim akan ikut merayakan…?

‘SAY NO TO VALENTINE’S DAY!’…

Dan marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.


Ahmad Syahir Bin Mohamad,

Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan,

PPI UNITEN sesi 2009/10.

Artikel Mantap ,

Lembaran Hidup Wanita Solehah

February 5th, 2010

Oleh:

Raja Nurulhani Bt Raja Badiuzzaman*

 

Timb S/U II

 

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama…


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan…


Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta duni

Layakah dia sebagai wanita penghulu syurga…


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah…


Tabah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail

Menggendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah wanita Siti Hajar…


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah, harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah…

_________________________

*Penulis puitis diatas ialah,

Timbalan Setiausaha II,

PPI UNITEN sesi 2009/10

 

Artikel Mantap

Buta Dalam Cahaya, Lupa Masa Bahagia

February 4th, 2010

HELWANI PPI UNITEN

Petikan dari salah satu Lagu Dato’ Siti Nurhaliza,album Tahajjud Cinta.
Manusia dan lupa itu seperti adik beradik. Walaupun manusia itu makhluk dan lupa itu kata sifat, tapi manusia itu sangat sinonim dengan lupa-lalai-tak ingat.

Selalu kita lupa Allah itu Tuhan kita bilamana kita selalu bergantung kepada yg lain tanpa kita sedari.
Selalu kita lupa bumi ini milik Allah waktu kita melakukan kerosakan atas mukabumi.
Selalu kita lupa, syurga itu wangi dan neraka itu panas,bilamana kita asyik membuat maksiat sehari-hari. Terlalu banyak dan menjadi kebiasaan sampai satu tahap anda tak perasan pun anda tengah buat maksiat.
Selalu kita lupa bahawa kita ini terlalu sedikit sumbangan dan amal sampai tak sedar-sebenarnya layakkah kita masuk syurga?

Kadang-kadang kita terlalu terpesona dengan kemewahan, lemas dalam nikmat dan keseronokan dunia yg semacam tiada batas.Kita sudah jadi macam seekor kelawar yg terbang disiang hari, menjadi buta kerana terlalu banyak cahaya. Sedangkan kelawar itu hebat makhluknya,dalam gelap-kelam pun mampu menyusur celah-celah ranting sempit di malam hari.

Manusia lagi hebat. Manusia ada akal. Kelawar ada naluri sahaja. Kelawar tidak pernah reti membaca suratkhabar Utusan mahupun Metro, apatah lagi mengaji al-Quran. Sedangkan manusia hebat akalnya sampai mampu membina binaan hebat-hebat.
Tapi dalam bab dunia, ramai manusia tewas. Ramai manusia buta dalam cahaya. Ramai manusia tenggelam dalam nikmat.

Rasa-rasanya, tak banyak kelawar yang buta dalam cahaya. Kerana kelawar jarang keluar siang hari yang ada banyak cahaya. Sangat luarbiasa jumpa kelawar merayau siang hari kerana kelawar tahu ia akan buta dalam cahaya.

Tapi manusia, walaupun dilengkapkan dengan akal, sangat ramai yg buta dalam cahaya. Lupa kala bahagia. Mudah tenggelam dalam nikmat-nikmat kesenangan. Dulu dikala dunia tidak semaju ini, walau susah menuntut ilmu, tapi masih ramai yang taat kepada perintah Tuhan. Tapi sekarang, walau ilmu hanya dihujung jari, semakin ramai yang tidak taat perintah tuhan.Manusia semakin sibuk dengan hal masing-masing.

Terlalu sibuk dengan keperluan sendiri. Terlalu serius dengan kerja dan kareer. Melampau dalam mengejar dunia. Ekstrem dalam mengejar wang dan harta.

Tidak salah sedikitpun serius dengan belajar. Bukankah itu tanggungjawab anda sang pelajar? Asalkan tidak lupakan ALLAH.
Tidak salah sedikitpun mengejar dunia. Tapi akhirat anda letak dimana?
Tidak salah sedikitpun mengejar wang dan harta. Tapi sumbangan anda kearah menegakkan Islam sebanyak mana?

Anda kena ada matlamat, barulah anda tidak dibutakan dengan nikmat melampau. Kalau dulu, ramai usahawan melayu berusaha keras untuk berjaya sebab nak bayar zakat lagi banyak dan mahu menyumbang lebih banyak untuk masyarakat.

Tapi sekarang, semua orang mahu kaya untuk diri sendiri, malah golongan pendakwah pun meletakkan prioriti duit dalam gerak kerja. Apa sudah jadi dengan masyarakat sekarang. Kambing pun menggeleng kepala melihat keletah manusia.

Benarlah, dunia sudah terlalu tua. Manusia semakin susah untuk berubah. Alangkah takutnya kita yang berada dalam zaman ini. Selamatkah kita daripada api neraka?

Artikel Mantap