Home > PPIUNITEN Activity > Kunjungan PPI Muadzam ke PPI Putrajaya

Kunjungan PPI Muadzam ke PPI Putrajaya

December 31st, 2009

Pada 19 dan 20 disember 2009, PPI Putrajaya telah menerima kunjungan PPI Muadzam seramai 20 peserta, 14 muslimat dan 6 muslimin. Mereka tiba di UNITEN kampus Putrajaya sekitar 1 tengahari pada 19/12/2009. Setiba di Putrajaya rombongan Muadzam menunaikan solat zohor terlebih dahulu dan menikmati hidangan tengahari di bangunan DNIM. Selesai sahaja menjamu selera, kami semua bersedia untuk slot yang pertama iaitu Slot Siapakah Musuh Islam Sebenar? oleh Ustaz Sya’ari bin Ab Rahman.

Pimpinan Muslimat
Pimpinan muslimin
Ceramah : Siapakah Musuh Islam yang Sebenar?
Ceramah disampaikan oleh Ust Sya’ari bin Ab Rahman

Sesi Pertanyaan

Penyampaian cendera hati untuk ust. Sya’ari

Sehabis Slot yang pertama peserta PPI Muadzam diberikan rehat sementara peserta PPI Putrajaya bersolat Asar. Kemudian slot 2 : Sesi Ta’ruf pun bermula. Dalam slot ini peserta diminta membuat bulatan, sebuah kotak akan diedarkan dan muzik akan dimainkan, apabila muzik berhenti peserta yang memegang kotak tersebut pada waktu itu hendak lah membaca arahan yang ada di dalam kotak dan mesti mengikut apa yang disuruh oleh arahan.

Sesi Ta’aruf
Presiden Muadzam sedang memperkenalkan diri
Saudara Syahir diminta untuk memperkenalkan Saf Pimpinan PPI Putrajaya

Pada malam 19/12/2009, mesyuarat antara PPI Putrajaya dan Muadzam dijalankan di bilik mesyuarat di DNIM. Dalam mesyuarat ini kedua-dua persatuan bertukar dan berkongsi pandangan dan cara pengurusan biro antara satu sama lain.

Mesyuarat PPI Putrajaya dan Muadzam bermula
Pelbagai Isu dibincangkan bersama

Hari ke-2, 20/12/2009, kami berkumpul di dataran perpustakaan untuk sarapan pagi. Setelah itu, kami mengambil sedikit masa untuk melawat perpustakaan.

Hari ke-2: Bermula dengan sarapan beramai-ramai.
Melawat Library UNITEN Putrajaya

Kira-kira sekitar jam 11 kami berkumpul di bangunan DNIM untuk slot seterusnya iaitu ‘Illuminati’, saudara Faraouq akan membentangkan kajian beliau mengenai Illuminati dan seterusnya mengdakan perbincangan dengan peserta mengenai Illuminati.

Perbincangan mengenai Illuminati oleh saudara Farouq

Selesai sesi perbincangan kedua-dua presiden persatuan memberikan ucapan akhir sebelum bersurai. Kedua-dua PPI Putrajaya dan Muadzam bertukar cenderahati sebelum bersurai.

pemberian tulus ikhlas daripada PPI Putrajaya
Gambar Muslimat
PPI Putrajaya dan Muadzam bergambar bersama-sama
muslimin bersalaman sebelum pulang.
Muslimat bersalaman sebelum pulang.

Sekitar jam 12 tengahari peserta dari PPI Muadzam bertolak dari bangunan DNIM. Selamat berangkat pulang PPI Muadzam.

PPIUNITEN Activity

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.