Home > Artikel Mantap > Words of Wisdom isu 6

Words of Wisdom isu 6

January 20th, 2010

ILMU DALAM SUDUT PANDANGAN ISLAM

“Kebijaksanaan ialah kecemerlangan kekuatan rasional, ilmu tentang alam semesta dan realitinya dan penggunaannya dalam bentuk tindakan realiti mesti dimanfaatkan.”

Al-Kindi (796 – 873 Masehi)

Tentang konsep ilmu pada Orang Melayu Muslim, kita boleh katakan bahawa ia

dipandukan oleh ajaran Islam Sunni; ilmu itu difahamkan sebagaimana yang ada dalam teks-teks

usuluddin misalnya ialah mengetahui sesuatu dengan yakin mengikut keadaannya yang

sebenarnya, berdasarkan dalil yang muktabar. Kalau mengetahui sesuatu itu bukan mengikut keadaan yang

sebenarnya itu bukan ilmu atau pengenalan tetapi dikatakan kejahilan. Kalaulah tentang sesuatu itu diketahui lebih

banyak yang ianya daripada yang tidak itu dipanggil sangkaan; kalau lebih banyak yang bukan ianya daripada

sebaliknya, itu disebut sebagai waham.Ilmu yang berkenaan dengan Tuhan disebut sebagai “pengenalan” atau

ma’rifah.

 

 

“Ilmu (adab) mengharuskan kefahaman ilmu, ilmu melengkapkan tindakan yang benar, tindakan yang mengangkat kebijaksanaan.”

Yusuf al-Razi (916 Masehi)

 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak termasuk golonganku orang yang tidak menyayangi anak-anak, tidak menghormati orang tua, dan tidak mengenali orang yang berilmu.” (HR Ahmad)

Sumber : Risalah Al-Hikmah

*keluaran Biro Tarbiyah & Kepimpinan (TNK)

 

 

 

 

Artikel Mantap

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.