Do & Don’t

July 23rd, 2010

Malam Kesenian Islam 2010

July 16th, 2010

Sekitar Siren 2010

July 14th, 2010

SIREN ’10

July 9th, 2010

Bicara Presiden PPI

July 4th, 2010

Assalamualaikum dan salam mahabbah, saya ucapkan buat rakan-rakan yang baru   menjejakkan kaki ke bumi UNITEN ini. Masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan anda  semua kerana telah dipilih untuk menjadi salah seorang penuntut disalah sebuah universiti ternama di negara kita. Sama-samalah kita sujud dan mengucapkan syukur kepada yang Maha Esa diatas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita ini.

Namun berwaspadalah, sesungguhnya didalam kegembiraan rakan-rakan menyambut kejayaan yang sedang dikecapi sekarang ini, sebenarnya anda semua telah melangkah masuk ke satu alam yang baru, yang mana ia merupakan satu alam yang penuh dengan cabaran dan kebebasan. Ingatlah, betapa besarnya harapan yang diberikan oleh ibu bapa kita untuk melihat kita berjaya memperoleh segulung ijazah.

Percayalah sahabat, sesungguhnya dugaan dan rintangan yang anda bakal tempuhi di alam universiti ini sungguh hebat. Maka, anda semua perlulah bersedia dari sekarang supaya tidak tewas di medan perjuangan menuntut ilmu nanti.Jagalah hubungan sahabat-sahabat dengan ALLAH, sesungguhnya hanya kepada-Nyalah tempat untuk kita bergantung.

Akhir kata, saya doakan moga-moga impian rakan-rakan untuk berjaya di bumi UNITEN ini tercapai, insyaALLAH. Sebagaimana firman ALLAH swt di dalam Al-Quranul karim dimana maksudnya :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Wan Baihaqi Wan Ab Rahman,

Presiden,

Persatuan Pengajian Islam

Sessi 2009/2010.

Dari Minda Presiden ,

Rintihan dan Doa Seorang Hamba

April 7th, 2010

Oleh: Dzar-Abdullah bin Amir*

Ya Allah…

Aku adalah hambaMu yang sangat lemah…
Aku tahu ni’matMu padaku tak terhitung banyaknya…
Aku mengerti ganjaran besar menanti buat mereka yang bersyukur…
Aku sedar seksa pedih buat mereka yang kufur…

Namun, sekadar tahu tak mampu membawa diri ini ditempatkan disisi rasulMu di syurga nanti…
Ramai yang tahu tempat mereka di neraka…

Ya Allah, aku pohon padaMu ya Allah,
Tempatkanlah aku di sisi rasulMu ya Allah,
Peliharalah diri ini dari segala amalan yang menjerumuskan aku ke dalam seksa apiMu ya Allah,

“Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik, kama nawwartal Ardha binurisy syamsik, abadan, abada birahmatika ya Arhamar Rahimin…..”

Ya Allah terangilah hati-hati kami ini dengan cahaya hidayahMu
seperti Engkau terangi dunia ini dengan cahaya matahariMu
buat selama-lamanya dengan rahmatMu
Wahai Pengasih paling mengasihani antara semua pengasih…

Tempatkanlah aku di sisi rasulullah SAW…

__________________________
*Penulis adalah mantan Presiden PPI UNITEN

Artikel Mantap

Forum Kenapa Islam Pilihan Saya & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UNITEN.

April 3rd, 2010

11 mac 2010, 7 malam - bertempat di Masjid UNITEN satu majlis telah diadakan iaitu Forum Kenapa Islam Pilihan Saya dan Sambutan Maulidur Rasul. Forum yang dikendalikan oleh saudara Nazmi dan ahli-ahli panelnya terdiri oleh Ustaz Mohd. Fitri dan Brother Lim Jooi Soon ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sekali dari pelbagai pihak tidak kira pelajar UNITEN, staff UNITEN mahupun orang awam.

Ketibaan Para Tetamu

Pada sekitar 7.30 malam, azan maghrib berkumandang, dan solat maghrib didirikan. Sebaik selasai solat ba’diah maghrib satu kumpulan khas yang terdiri oleh staff dan pelajar UNITEN mengetuai salawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Selesai sahaja salawat, Timbalan Naib Chancellor diminta untuk menyampaikan kata-kata aluan sempena forum dan sambutan Maulidur Rasul. Sekitar jam 8 malam Forum Kenapa Islam Pilihan Saya dimulakan dengan menjemput Saudara Nazmi dan ahli-ahli panel forum Ust Fitri dan Bro. Lim Jooi Soon.

Alunan Salawat oleh Staff UNITEN

Dari kiri Panel 1 , Ust. Fitri, Moderator, En. Nazmi, Dan Panel 2, Bro. Lim Jooi Soon.

 

Sedikit sebanyak pengalaman dan kisah disebalik pemelukan islam oleh ahli-ahli panel diceritakan kepada hadirin. Tidak lupa juga peringatan yang diberikan kepada hadirin tentang bertapa pentingnya untuk kita menjaga dan memelihara islam serta tanggungjawab kita umat islam untuk berdakwah kepada yang bukan islam.


Panel 1, Ust. Mohd. Fitri

Panel 2, Bother Lim Jooi Soon

Moderator, sahabat Nazmi

Jemaah yang menghadiri Forum

Sesudah sahaja forum, para hadirin terus menunaikan solat Isya’ berjemaah. Kemudian Semua hadirin dijemput ke ruang legar bawah masjid untuk ke acara seterusnya iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Dalam majlis ini terdapat penyampaian hadiah sempena Karnival Sukan Bola Sepak Piala Sultan Muhammad Al Fateh dan beberapa Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul peringkat UNITEN.

.

Pengerusi majlis Majlis Maulidur Rasul Peringkat UNITEN

Beberapa Anugerah Maulidur Rasul disampaikan.

Beberapa Anugerah Maulidur Rasul disampaikan

Persembahan Nasyid oleh Al-Farabi

Sedikit jamuan sambil berhibur.

Jamuan sambil dihiburkan oleh Al-Farabi

PPIUNITEN Activity ,

Exam comes again…weee~

March 17th, 2010

Yeah we are coming back again! It means that final exams are extremely near to us. Dont afraid! Take it easy! How come? How we could face final exams easily and not hesitate at all? Here are some guidelines to you guys! Hope it will works.

Some students study without understand the concepts clearly. They only keep remembering but do not think the idea of each context in material itself. Its getting hard when you do the different type of questions. Try to study smart instead of study hard.


We have to understand with the things that we learn, we think, we do, we write, we say, and increasing our ability in ask whereas think comprehensively.

DO YOUR REVISION! (dont do this last minute)

  • For this one, make sure you have COMPLETE notes and all material needed. And meet your lecterur if you have something unclear in your revision.

All At All…

Dont forget..

There are some ‘steps’ to make your journey perfect, to get the blessing from The Excellent Helper, Allah SWT.

  1. Sincere
  2. Purification from impurity
  3. Cover your life with good deeds
  4. Alms charity (that is what we learn, we live in the real world; practice for good)
  5. Seek a HELP from Allah SWT
  6. Consistent/Istiqomah
  7. Patient
  8. Leave all things that bring the disadvantages

Allah says: “O you who believe! Seek assistance through patience and prayer; surely Allah is with the patient.” [Al-Quran, 2:153]

“Allah is well pleased with them and they are well pleased with Him; that is for him who fears his lord.”[Al-Quran,98:2]

Work + Pray = Success.

Lets Allah do the rest..

______________________________

*By Nabilah bt Khalid

Timb Exco Kebajikan & Akademik

PPIUNITEN sesi 2009/10

 

 

Artikel Mantap