Archive

Posts Tagged ‘Activities’

Smart Group 1st Gathering

January 1st, 2010

Pada 23/12/2009- Committee Smart Group mengambil initiatif untuk mengadakan 1st Gathering untuk menyambut ahli PPI terutamanya ahli yang baru mendaftar pada 21 dan 22 disember 2009. Majlis bermula sekitar jam 8 malam di COE Foodcourt.

Ahli PPI yang hadir pada 1st gath

 

Pengenalan Saf Pimpinan PPI 09/10

 

 

Penyerahan Watikah Perlantikan Committe SG oleh mantan Presiden PPI

 

Dalam slot pertama iaitu sesi ta’aruf peserta akan membuat dua buah bulatan dan satu bulatan akan berada dalam bulatan lagi satu. Mereka akan bersesi ta’aruf dalam satu tempoh tertentu, selepas tempoh itu setiap orang wajib bergerak ke kanan untuk sesi ta’aruf dengan ahli yang lain dan seterusnya.

 

Slot pertama : sesi ta’aruf

 

 

sesi ta’aruf

 

 

slot kedua : pemainan berkumpulan

 

Selesai, permainan pertama , bermulalah permainan yang kedu iaitu 4 orang membentuk 1 kumpulan dan setiap kumpulan mesti mempunyai nama dan trademark serta harus mencari 10 persamaan dan perbezaan setiap ahli kumpulan dan setiap hendaklah membentangkannya di hadapan majlis dan markah akan diberi

 

presentation permainan berkumpulan

 

 

presentation permainan berkumpulan bagi muslimin

 

Inilah pemenangnya!

 

Pemenang tempat Pertama Muslimin

 

 

Pemenang tempat pertama muslimat

 

 

Slot terakhir : Makan malam beramai-ramai

 

PPIUNITEN Activity ,

Booth PPI di Baazar Persatuan UNITEN

December 31st, 2009

Pada 21 dan 22 Disember 2009, PPI telah membuka booth di Baazar Persatuan anjuran UNITEN. Di sini ahli-ahli boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran keahlian sebanyak RM5 u ntuk sepanjang tempoh pengajian di UNITEN dan juga pendaftaran sebagai PPI Cliques(tanpa sebarang yuran) . Booth PPI juga membuka pendaftaran untuk KEM Ilahi Loving Youth Camp 2009 dengan bayaran hanya RM5 sahaja.

 

Muslimat di booth PPI

 

 

booth PPI

 

Di sebelah Booth PPI terdapat Booth Ekonomi dan Pemasaran(ENP) PPI yang menjual barangan seperti T-shirts, keychain, lanyard, stokin, planner PPI 2010 dan banyak lagi.

Muslimat di kaunter Ekonomi & Pemasaran (ENP) PPI

 

Barang-barang yang dijual di kaunter ENP

 

PPIUNITEN Activity ,

Kunjungan PPI Muadzam ke PPI Putrajaya

December 31st, 2009

Pada 19 dan 20 disember 2009, PPI Putrajaya telah menerima kunjungan PPI Muadzam seramai 20 peserta, 14 muslimat dan 6 muslimin. Mereka tiba di UNITEN kampus Putrajaya sekitar 1 tengahari pada 19/12/2009. Setiba di Putrajaya rombongan Muadzam menunaikan solat zohor terlebih dahulu dan menikmati hidangan tengahari di bangunan DNIM. Selesai sahaja menjamu selera, kami semua bersedia untuk slot yang pertama iaitu Slot Siapakah Musuh Islam Sebenar? oleh Ustaz Sya’ari bin Ab Rahman.

Pimpinan Muslimat
Pimpinan muslimin
Ceramah : Siapakah Musuh Islam yang Sebenar?
Ceramah disampaikan oleh Ust Sya’ari bin Ab Rahman

Sesi Pertanyaan

Penyampaian cendera hati untuk ust. Sya’ari

Sehabis Slot yang pertama peserta PPI Muadzam diberikan rehat sementara peserta PPI Putrajaya bersolat Asar. Kemudian slot 2 : Sesi Ta’ruf pun bermula. Dalam slot ini peserta diminta membuat bulatan, sebuah kotak akan diedarkan dan muzik akan dimainkan, apabila muzik berhenti peserta yang memegang kotak tersebut pada waktu itu hendak lah membaca arahan yang ada di dalam kotak dan mesti mengikut apa yang disuruh oleh arahan.

Sesi Ta’aruf
Presiden Muadzam sedang memperkenalkan diri
Saudara Syahir diminta untuk memperkenalkan Saf Pimpinan PPI Putrajaya

Pada malam 19/12/2009, mesyuarat antara PPI Putrajaya dan Muadzam dijalankan di bilik mesyuarat di DNIM. Dalam mesyuarat ini kedua-dua persatuan bertukar dan berkongsi pandangan dan cara pengurusan biro antara satu sama lain.

Mesyuarat PPI Putrajaya dan Muadzam bermula
Pelbagai Isu dibincangkan bersama

Hari ke-2, 20/12/2009, kami berkumpul di dataran perpustakaan untuk sarapan pagi. Setelah itu, kami mengambil sedikit masa untuk melawat perpustakaan.

Hari ke-2: Bermula dengan sarapan beramai-ramai.
Melawat Library UNITEN Putrajaya

Kira-kira sekitar jam 11 kami berkumpul di bangunan DNIM untuk slot seterusnya iaitu ‘Illuminati’, saudara Faraouq akan membentangkan kajian beliau mengenai Illuminati dan seterusnya mengdakan perbincangan dengan peserta mengenai Illuminati.

Perbincangan mengenai Illuminati oleh saudara Farouq

Selesai sesi perbincangan kedua-dua presiden persatuan memberikan ucapan akhir sebelum bersurai. Kedua-dua PPI Putrajaya dan Muadzam bertukar cenderahati sebelum bersurai.

pemberian tulus ikhlas daripada PPI Putrajaya
Gambar Muslimat
PPI Putrajaya dan Muadzam bergambar bersama-sama
muslimin bersalaman sebelum pulang.
Muslimat bersalaman sebelum pulang.

Sekitar jam 12 tengahari peserta dari PPI Muadzam bertolak dari bangunan DNIM. Selamat berangkat pulang PPI Muadzam.

PPIUNITEN Activity

Kunjungan Ke Morib

December 25th, 2009

18 Dec ’09 -  Saff  pimpinan PPI UNITEN Putrajaya mengujungi pantai Morib untuk program BBQ , kira-kira pukul 8.30 pagi kami bertolak dari masjid Uniten dan tiba di pantai Morib kira-kira pukul 9.45 pagi dengan melalui jalan lama. Setibanya kami di sana kami terus mencari tempat untuk berkelah.

Untuk slot yang pertama, kami semua memulakan dengan slot suai kenal secara lebih terperinci, setiap daripada kami akan menceritakan segalanya yang ingin dikongsi bersama.

Selepas sahaja selesai sesi ta’aruf , muslimin menyediakan kelengkapan untuk BBQ manakala muslimat menyediakan minuman and makanan . Sebaik jer muslimin habis solat kita orang pun terus bertukar tugasan, muslimin mula panggang bbq, yang muslimat menunaikan solat zohor. Bak kata pepatah kusangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari, begitu jualah nasib kami yang kehujanan ketika memanggang makanan. Oleh itu kami berpindah tempat yang lebih redup untuk berteduh dan meneruskan sesi memanggang bbq.

Disini satu lagi slot bermula dimana Exco/i akan bersama Helwani & Presiden, dalam slot ni setiap exco/i hendaklah menyebut satu tanggungjawab seorang pemimpin dan wajib bagi dia orang untuk mengingatinya. Sejurus habis slot ini, saf pimpinan menjamu selera.

Selesai makan kami mnengemas tempat santapan kami sambil menikmati permandangan pantai Morib untuk kali terakhir sebelum pulang ke Putrajaya. Tetapi disebabkan waktu asar sudah pun masuk kami bersolat dahulu sebelum pulang. Sekitar jam 6.30 petag kami tiba di masjid UNITEN.


Biro Penerbitan & Publisiti.

Islamic Studies Society (ISS/PPI),

Universiti Tenaga Nasional.

PPIUNITEN Activity , ,