Gegaran Gempa Bumi di UNITEN!
Di UNITEN, warga kampus telah menjadi saksi akan kejadian tersebut terutama sekali bagi mereka yang tinggal di kelompok Murni. Menurut salah seorang pelajar wanita yang berada di dalam biliknya yang mahu dikenali sebagai kak dorama(bukan nama sebenar), suatu gegaran selama kurang seminit telah dirasai oleh kebanyakan pelajar yang berada di kelompok tersebut pada ketika itu. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6 petang, hampir menyamai kejadian yang berlaku di sumatera.
Kejadian tersebut turut dirasai sama oleh pelajar luar kampus yang tinggal di Kondominium Kenaria, Taman Sri Kenari, Sungai Ramal Luar, Kajang. Waktu kejadian yang dirakamkan hampir sama dengan waktu kejadian di kelompok Murni, Uniten. Walaubagaimanapun, tiada laporan yang diterima daripada pelajar yang tinggal di kelompok-kelompok lain di UNITEN;Kelompok Amanah, Ilmu dan Cendekiawan.
Setakat ini, tiada kerosakan harta benda mahupun nyawa terkorban yang dilapor kesan daripada kejadian tersebut. Sekian.
Unit Penerangan
Persatuan Pengajian Islam






Komen Terbaru