Hari Pertama Program M-DOC ’09 (Management of Da’wah Organization Course 2009)
Tarikh: 4 September 2009
Tempat: Kolej Informasi dan Maklumat (COIT)
[2.30 petang]
- Kaunter pendaftaran peserta dibuka.
- Bahan-bahan program seperti fail, bahan bercetak dan tag nama peserta diserahkan sewaktu pendaftaran
- Persediaan pihak urusetia sebelum program bermula.
[3.00 petang]
- Slot ceramah pertama: Kepentingan Berdakwah di UNITEN, disampaikan oleh Eksekutif Tadbir HEP Ustaz Norrizan.
[4.45 petang]
- Slot ceramah pertama tamat.
- Majlis ringkas penyampaian cenderamata penghargaan kepada penceramah, Ustaz Norrizan.
- Rehat sebentar, beri laluan kepada solat asar berjemaah.
[5.00 petang]
- Sesi Taaruf & ice-breaking.
- PIC slot: SaudariRohaizah a.K.a. Kak Jaja.
- Semua peserta pimpinan dapat mengenali antara satu sama lain.
- Jalinan ukhuwah mula terbentuk.
[6.30 petang]
- Peserta diberi taklimat ringkas perjalanan program sehingga waktu malam oleh pengarah program, saudara Hakim Khatib.
- Peserta pulang ke kelompok penginapan program untuk hemat diri.
- Semua peserta akan berkumpul semula pada 7.15 petang di tempat program.
[7.22 petang]
- Semua peserta dan urusetia mengambil makanan dan tempat untuk berbuka puasa.
- Sejurus selepas berbuka, solat maghrib berjemaah dilakukan dan diimamkan oleh Presiden PPI baru, saudara Wan Baihaqi.
[8.30 petang]
- Solat isyak berjemaah muslimin dan muslimat,imam oleh Presiden PPI-saudara Wan Baihaqi.
- Diikuti solat sunnat terawih berjemaah, diimamkan oleh saudara Taufiq, abang ‘Ceroi’.
- Tazkirah ringkas selepas terawih oleh saudara Taufiq, abang ‘Ceroi’.
[9.35 petang]
- Peserta berkumpul di dalam bilik program semula. Taklimat oleh saudara Timbalan Presiden, saudara Jihad.
[9.50 petang]
- Sesi brainstorming, PIC: saudara Dzar-Abdullah, mantan Presiden PPI sesi 2008-09.
- Dimulakan dengan taaruf ringkas oleh PIC slot dan beberapa orang pimpinan.
- Membuat ‘SWOT analysis’ PPI, dipecahkan kepada beberapa kumpulan.
- Setiap kumpulan membuat perbincangan dan pembentangan hasil perbincangan.
- Sebaik sahaja tamat pembentangan ‘SWOT analysis’, program diteruskan dengan sesi ‘Bersama Dengan Mantan Pimpinan Lepas’.
[11.00 malam]
- Program ditangguhkan untuk hari pertama.
- Minum malam
- Bersurai ke kelompok penginapan program.






Komen Terbaru