Home > Artikel Pilihan > Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam.

Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam.

November 21st, 2011
  • Kenapa setiap meningkatnya nilai Ringgit Malaysia terhadap Dollar Amerika Syarikat, maka ekonomi Malaysia dianggap sedang kukuh? Sebaliknya, bila nilai Ringgit merosot, maka ekonomi Malaysia dianggap sedang merudum? Apakah pemulihan ekonomi suatu negara patut disandarkan pada naik-turunnya nilai wang mereka terhadap Dollar? Bagaimana kalau peningkatan Ringgit berlaku bersamaan dengan kemerosotan Dollar, apakah masih memiliki implikasi yang sama? Tentu jawapannya tidak. Dengan lain perkataan, ketika nilai Ringgit konstan, tetapi Dollar yang mengalami kemerosotanseolah-olah nilai Ringgit meningkat dengan sendirinya-maka menguatnya perekonomian Malaysia tidak dapat disandarkan pad a naik-turunnya nilai Dollar. Jadi, mengukur kadar pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan peningkatan atau kemerosotan nilai wang domestik terhadap Dollar adalah suatu metode yang keliru.

Kenapa Dollar tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur kestabilan, kemakmuran dan juga pertumbuhan ekonomi? Ini kerana Dollar bukanlah mata wang yang terjamin kestabilannya. Tidak stabilnya nilai Dollar adalah disebabkan perubahan kadar inflasi dan adanya tindakan spekulasi dalam pasaran wang. Ini semua akan mempengaruhi jumlah permintaan dan penawaran Dollar. Bahkan penggunaan Dollar akan menyebabkan nilai wang domestik semakin merosot dan perekonomian negara semakin tidak stabil. Sebagai contoh, keterpaksaan Indonesia untuk membiayai pembangunan negara bersumber dari hutang pada negara-negara maju di mana proses peminjaman dan pembayaran hutang yang melibatkan Dollar, tentunya akan semakin memperlemahkan nilai Rupiah pada khasnya dan juga perekonomian Indonesia pada umumnya. Semakin banyak permintaan Dollar, maka akan semakin tinggi nilai Dollar di pasaran wang. Sebaliknya, semakin banyak jumlah Rupiah yang ditawarkan, maka nilai Rupiah akan semakin melemah. Ini semua tidak akan berlaku andai kata kita telah menggunakan Dinar (emas) dan Dirham (perak) sebagai mata wang negara.

Oleh itu, sudah masanya bagi umat Islam untuk bersandar pada mata wang yang memiliki kadar kestabilan yang lebih terjamin tanpa dipengaruhi oleh undang-undang permintaan dan penawaran(laws of demand and supply) wang, bebas dari inflasi, faedah (riba), maysir (gambling) dan unsur-unsur spekulatif lainnya. Umat Islam harus segera memutuskan rantai kebergantungan mereka pada negara-negara maju (Dollar). Maka tiada pilihan lain, dan pilihan itu adalah pilihan yang paling tepat, iaitu “back to Dinar and Dirham”, seperti telah digunakan sejak zaman Romawi hingga robohnya kekhalifahan Uthmaniyah, 1924. Kestabilan wang Dinar (emas) dan Dirham (perak), sebenarnya juga telah diakui dunia kapitalis. Contohnya, ketika kembali menggunakan wang standard emas pada tahun 1879, kadar inflasi di Amerika Syarikat menurun drastik menyamai kadar inflasi pada tahun 1861, pada masa wang standard emas digunakan.

Kata-kata Dinar dan Dirham yang terdapat dalam ayat-ayat berikut secara implisit menunjukkan pengakuan Allah terhadap keutamaan Dinar dan Dirham. Sebutan Dinar dan Dirham, misalnya terdapat dalam ayat-ayat berikut:

“Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya .. .

                                                                                                                                                           (Surah Ali ‘[mran (3): 75)

"Dan (setelah terjadi perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah. iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya..."

                                                                                                                                                       (SurahYOsuf (12): 20).

Sedangkan dalam ayat lain, perkataan emas dan perak dirakamkan untuk menjelaskan fungsi dari emas dan perak tersebut. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir. lalu mati sedang mereka tetap kafir. maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang diantara mereka emas sepenuh bumi. walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu ...

                                                                                                                                                        (Surah Ali 'Imran (3): 91)

" ... Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah. maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya..."  (Surah al-Taubah (9): 34).

Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham.
Maksud hadis:

Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham "    [Musnad Ahmad]

 Antara Kelebihannya:

- Dinar dan Dirham adalah matawang yang sebenar
- Boleh digunakan sebagai mahar, hadiah, koleksi, dan sebagainya
- Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
- Warna dan sifatnya yang menawan yang membangkitkan naluri kemanusiaan
- Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia
- Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar
- Kalis inflasi. Tidak seperti wang fiat, di mana nilai wang fiat jatuh dari semasa ke semasa akibat daripada aplikasi riba

Jadi, tunggu apa lagi?
Kalau ada duit simpanan dalam bank, jangan simpan dan biarkan ia di dalam bank! Tapi gunakan wang tu untuk membeli Dinar dan Dirham! Lebih baik menyimpan Dinar dan Dirham (yang mempunyai nilai di sisi syariat dan di dunia) daripada
menyimpan wang kertas.

 

Sumber: http://www.soutulmujahid.com/2011/11/kelebihan-dinar-dan-dirham.html , http://bakkdev.um.edu.my/myjurnal/public/article-view.php?id=11804 , M. Shabri Abd. Majid, (2006) Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam. Jurnal Syariah, 14 (2). pp. 49-71. ISSN 0128 – 6730.

Comments

comments

Artikel Pilihan