Home > Artikel Pilihan > Siapakah MUSUH Islam yang Sebenarnya?

Siapakah MUSUH Islam yang Sebenarnya?

December 1st, 2009

Oleh : Ahmad Farouq bin Abdul Aziz*

farouQAssalamu’alaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia ana ucapkan kepada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sekalian. Ingin ana ambil kesempatan ini selagi diizinkan oleh Allah s.w.t yang menentukan segala perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Subjek yang ana nukilkan di sini merupakan peristiwa yang benar-benar terjadi pada ana dan ingin ana kongsikan bersama sahabat sahbiah sekalian. Sesungguhnya diri ini merasakan ianya satu tanggungjawab untuk berkongsi peristiwa ini untuk dijadikan peringatan buat kita yang beragama Islam. Semoga hasil nukilan ana ini, dapat memberi impak yang positif ke atas dasar pemikiran dan tindakan sahabat sahbiah sekalian. Insya-Allah.

Ianya bermula pada sekitar penghujung September 2009 yang lepas. Ana menerima satu emel yang menyatakan Muse, sebuah kumpulan rock British telah melancarkan album terbaru mereka yang bejudul ‘The Resistance’. Gembira bukan main lagi ana rasakan ketika itu kerana sememangnya ana merupakan peminat lagu-lagu(bukan penyanyinya) Muse. Ana pasti ramai pembaca bertanyakan apakah yang cuba ana sampaikan. Adakah sekadar berkongsi minat dalam muzik atau mengesyorkan muzik dari industri barat? Tidak sama sekali. Mungkin ramai yang mengenali Muse, tapi tidak tahu bahawa salah satu keistimewaan Muse ini ialah mesej yang ingin disampaikan oleh mereka sangat mendalam dan bermakna dalam kehidupan manusia sejagat.

Jadi ana terus mendapatkan lirik dan mengkaji mesej yang ingin mereka sampaikan kali ini. Secara amnya dapat ana simpulkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah perlunya satu persepakatan untuk MENENTANG satu pentadbiran atau sistem. Puas ana memikirkan tapi masih tidak faham maksudnya sebenar. Lantas ana teruskan kajian ana menerusi pelbagai forum, blog dan lain-lain. Sehinggalah ana terjumpa satu pernyataan yang sangat menarik yang mengatakan:

Search for New World Order. See what Matt (penyanyi Muse) is trying to warn us…

Inilah klu yang ana nantikan dan ana pasti ianya akan membawa kepada jawapan yang ana inginkan. Bermula dengan pencarian new world order, sudah hampir dua bulan ana menjalankan kajian dan masih diteruskan hingga kini banyak maklumat yang telah ana perolehi dan kini ana akan membentangkan kepada antum. Tetapi, terlebih dahulu perlulah ana memberi satu amaran kepada antum yakni ana TIDAK mahu antum percaya bulat-bulat apa yang akan ana bentangkan tetapi sama-sama memikirkan dengan lebih mendalam mengenai hal ini. Kerana ana tahu ana tidak semestinya betul dan perkara ini adalah satu perkara yang sangat serius.

Antum sudah bersedia? Baiklah. Ana akan mulakan dengan perkara dasar mengenai bahan penyelidikan ana. Ianya adalah mengenai satu konspirasi terhebat dunia. Ingat! Antum tidak semestinya percaya. Majoriti umat Islam hari ini hanya mengetahui bahawa musuh besar Islam adalah Yahudi(laknatullahhi ‘alaih) dan Kristian. Benarkah? Bagaimana jika ana katakan ada satu lagi golongan yang lebih dominan dan barangkali lebih kuat daripada kedua-duanya tadi. Golongan yang ana katakan disini ialah golongan penyembah syaitan, yang terdiri daripada Illuminati, Freemason dan secret society. Ana pasti ramai yang pernah dengar mengenai Freemason, itupun sekadar mengetahui namanya tapi tidak ketahui apakah tujuan dan flow agenda mereka.

Illuminati ini boleh dikatakan pertubuhan tertinggi di kalangan sekutunya yang sama-sama mendukung matlamat utama mereka. Matlamat mereka yang paling utama ialah menyediakan dunia untuk menyambut kedatangan Dajjal. Sukar dipercayai? Kalau ya, bagus dan kita teruskan. Mereka bekerja keras setiap hari tanpa henti untuk merealisasikan impian mereka yakni menguasai dunia dan akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan dunia kepada Dajjal dan setiap manusia akan dipaksa tunduk di bawahnya melalui fitnah-fitnahnya yang dahsyat. Di sini ana tidak ingin menceritakan perihal Dajjal kerana pasti ceritanya tidak berkesudahan.

Illuminati telah diasaskan oleh sebuah keluarga kelahiran Yahudi di Jerman sekitar kurun ke-15 yang bernama Rothschild. Di bawah bimbingan Rothschild ini, mereka dan sekutu-sekutunya telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang berkiblatkan syaitan atau satanic organization dan terus menjalankan agenda-agenda mereka untuk memadamkan nilai agama dalam diri manusia. Apabila manusia itu dalam ketakutan tanpa pegangan akidah dan hidup terumbang-ambing, ketika itulah mereka datangkan Dajjal yang akan muncul sebagai ‘saviour’.

Ramai dikalangan kita yang tahu serba sedikit bahawa Illuminati ini membawa fahaman Yahudi-Zionis. Ketahuilah bahawa ianya tidak betul sepenuhnya. Menurut John Todd a.k.a Christopher Kollyn, bekas orang atasan Illuminati yang belot kemudiannya mengatakan bahawa kuasa tertinggi Illuminati hanyalah Yahudi dari segi kelahirannya tetapi bukanlah agamanya. Mereka tahu lambat-laun Illuminati pasti akan pecah tembelang, oleh itu menggunakan Yahudi-Zionis sebagai topeng mereka.

Simbol utama yang sering digunakan oleh mereka ialah piramid dengan ‘the all seeing eye’ pada bahagian atasnya. illuminattiSimbol ini boleh didapati di merata-rata tempat seluruh dunia bahkan juga di dalam filem-filem Hollywood. Menurut John Todd lagi, piramid bermata satu itu melambangkan struktur organisasi mereka.

Pada baris kedua bongkah piramid tersebut mewakili Grand Druid Council of Thirteen dimana ia adalah 13 keluarga terbesar yang mengetuai Illuminati yang dipimpin oleh keluarga Rothschild. Barisan seterusnya ialah mewakili 33rd Degree Mason, iaitu pangkat tertinggi dalam Freemason dan antara ahlinya ialah Tony Blair (Bekas Perdana Menteri British) dan Walter Disney (pelopor Disney!). Barisan bongkah seterusnya mewakili proksi-proksi Dajjal yang lebih kecil, yang turut menjayakan agenda-agenda mereka.

Dalam tidak kita sedari, Illuminati dan sekutunya terus menjalankan agenda mereka yang telah kita ‘telan’ satu demi satu. Inilah agenda yang dikatakan The New World Order (NWO). Mereka membahagikan agenda mereka kepada tiga peringkat. Pertama, mereka menimbulkan masalah atau huru-hara. Contohnya dengan mencetuskan Perang Dunia dan menyebarkan wabak penyakit seperti SARS dan H1N1. Tahukah antum ini semua dirancang?! Bukankah ianya berjaya kerana ramai pihak seluruh dunia menjadi bingung dan hilang pertimbangan disebabkan masalah seperti ini? Ada yang bergaduh sesama sendiri dalam mencari jalan penyelesaian kerana mereka semua takutkan mati! Ya, itulah kenyataan. Sedangkan Nabi s.a.w mengajar kita agar bersabar bila ditimpa musibah.

Langkah keduanya ialah respon daripada masyarakat sendiri. Mereka mahukan kita dalam ketakutan, kesedihan, kemarahan, kesakitan dan ketika itulah kita hilang pertimbangan di mana rata-rata masyarakat tidak menyandarkan kepercayaan mereka kepada yang Maha Esa. Langkah terakhir mereka ialah mengeluarkan penyelesaian yang juga dianggap penyelamat keadaan oleh umat manusia. Sehinggalah pada tahap yang kritikal, Dajjal akan muncul dan itulah masanya mereka yang lemah imannya akan direntap aqidah dan menjadi hamba Iblis laknatullah! Nauzubillahi min zalik.

Oleh yang demikian, ana ingin menasihati diri ana sendiri dan sahabat sahabiah sekalian supaya menyiapkan diri kita sebaiknya dalam menghadapi fitnah al-Masih ad-Dajjal serta sihir pengikut-pengikutnya. Mereka yang berada dalam satanic organization ini telah menjual roh mereka kepada Iblis dan janganlah kita turut sama tertipu. Ternyata, untuk mereka mengusai dunia, mereka awal-awal lagi sudah menguasai Amerika Syarikat (kajilah wang dollar Amerika sekarang, simbol apa yang ada?). Merekalah dalang di sebalik Amerika, PBB, NATO, IMF dan sebagainya. Tidak kiralah wakil mana pun yang memenangi pilihan raya Amerika dan menjadi presiden sama ada daripada parti demokrat atau republik, mereka mewakili organisasi yang sama dan hanyalah sebagai alat yang digunakan oleh Illuminati dan sekutunya.

Daripada bahan penyelidikan ana juga, segala peristiwa getir yang berlaku di dunia ini kebanyakannya adalah agenda mereka. Bahkan Hitler itupun sekadar ‘puppet’ mereka semata-mata, bukan seorang pemimpin yang mempunyai idealoginya sendiri. Mereka cuba menipu kita dari pelbagai sudut termasuk media hiburan. Ketahuilah bahawa rancangan dan filem-filem Disney yang dikatakan untuk kanak-kanak bukanlah seperti yang disangkakan. Banyak sumber yang mengatakan antara tujuan Disney direncanakan ialah untuk meningkatkan keghairahan seks pada usia yang masih muda. Percayakah antum?

one dollar

Sememangnya ana biarkan banyak persoalan dan ana percaya ramai di kalangan antum mempunyai pelbagai persoalan yang ditanyakan kepada ana mengenai dalil, bukti dan sebagainya. Seperti yang ana katakan sebelum ini, ana tidak memaksa antum percaya tetapi ana sekadar menghidupkan percikan api dan kini antum berusahalah mencari jawapan yang sebenarnya. Petunjuknya ada di mana-mana dan ana nasihatkan antum cubalah membuat kajian sendiri. Di sini ana ingin mengesyorkan dua sumber yang relevan jika antum berminat iaitu sebuah buku karangan Muhammad Nurani Maarif yang berjudul ‘Membongkar Misteri Dajjal’ dan sebuah laman web beralamat ‘www.wakeupproject.com’. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah Dajjal. Akhir kata daripada ana, marilah kita mengukuhkah iman dan taqwa kita kepada Allah dan memohon perlindungan daripada-Nya. Wallahualam.

———–———–———–———–

*Penulis adalah

Setiausaha Agong PPI UNITEN

Sesi 2009/10

Comments

comments

Artikel Pilihan ,