Home > Video > Syria.. Kekejaman Disebalik Peperangan

Syria.. Kekejaman Disebalik Peperangan

February 19th, 2012

Syeikh Hassan Al-Hindawi telah dihantar ke Malaysia oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan disebalik peperangan di Syria. Beliau dihantar ke sini untuk menjelaskan tentang Syria yang tidak dijelaskan secara betul oleh media-media massa. Media-media massa barat sebenarnya tidak mahu menusia dunia tahu perkara sebenar yang berlaku di Syria lalu mereka telah putar belitkan fakta.

Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan rakan. Teman itu berkata bahawa dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai orang yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

 

Punca berlaku peperangan ini ialah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN di dinding sekolah mereka. Slogan inilah yang telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi. Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini dan menyeksa mereka dengan cara mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya minta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat tukar ganti dengan permintaan itu. Syaratnya ialah mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara tersebut merupakan penghinaan yang amat serius!

 

Kebangkitan Rakyat

  1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lalu.
  2. Lebih 3 JUTA rakyat Syria  keluar berdemo.
  3. Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan yang tidak mereka peroleh selama 42 tahun.
  4. Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
  5. Rakyat mahu presiden (Basyar Asad) dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyat.

KEKEJAMAN KERAJAAN SYRIA DIBAWAH PRESIDEN BASYAR ASAD

  1. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria telah mati.
  2. 39 000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
  4. 9 000 dalam tahanan.
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
  10. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  11. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
  12. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  13. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

 

Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri dari 3 keluarga besar, 6% dari posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi dari golongan kuffar. Tiada posisi bagi ahli sunnah wal jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat sunni dibunuh sesuka hati walaupun tiada  seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.

Kita banyak tak tahu tentang isu Syria selama ini disebabkan oleh media yang telah dikawal oleh pihak rejim. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria utk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para demonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan dari mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Asad dengan harga 100 dolar.

Comments

comments

Video

  • Zakianoerr

    atagfirullah,,,,,dunia smakin kjam n sdah byk yg khilngan hti nurani,,
    basyar asad tnggu laknatullah akn dtg,,mngaku tuhan sgala…
    lailaha illallah bukan lailaha illa basyar asad,,mdah2n yg sdah kena hipnotis basyar asad cpat tobat,,,aminnnnnn

  • Vina Vee

    Semoga rejim Basyar Asad dilaknat Allah di bulan suci ni..Allahuakhbar. Ya Allah hentikanlah kekejaman ini.

  • lala

    astagfirulla…. semoga allah sentiasa membantu mereka yang teraniya… ya allah.. kasihanilah mereka.. amin… =)